Saturday, August 29, 2009

USD$717.00 FROM STARTING DEPOSIT USD$20.00

Salam ..selamat pagi..dah 2 hari ni aku tak sempat nak update..anak demam sumer demam,aku pun nak demam..tp cepat2 aku mkn panadol..tp trade tetap trade..sebab trade tak de kena mengena dengan demam dan anak.sebelah ni result pencapaian aku setakat hari ini (28/8/09) jam 0652pm(tgk kt bwh screen pc tu).semua ni gara gara UC mlm tadi reverce trend..tp tak cecah lagi aku punya floating yg lama..sekarang ni ada -155usd tergantung..nasib baik dlm pada market reverse saya sudah sediakan reverse gear..jadi bila dia menjunam tak la putus tali..kit aboleh tarik dia naik balik keatas..jgn putus harap!!..
Result setakat hai ini tgk kat sgambar tu..berapa ?..sebut kuat sikit!!...USD647.83!..pandaaaaaai murid murid.
OK next tengok sebelah kiri pulak berapa?..USD717.00...tahniah untuk saya kerana berjaya mengekalkan prestasi dlm cabaran 100days in forex bermodalkan USD$20.00 deposit.dan sebenarnya akaun ni dah hampir mencecah USD$1000 tp oleh kerana ada isu teknikal..jd saya tengah tunggu report..Broker ada hutang dengan saya USD$260.00 minima..bagaimana?..nanti saya kupas apa sal jadi mcmtu?..kita kan sama sama belajar..rilek..100 hari tu panjang....tungguuuuuu!

Friday, August 28, 2009

GREAT!!!

Mari kita tengok satu lagi kesan fundamental..yg ni aku tak perasan berlaku..sebab selepas balik kerja aku lepak jumpa kawan kat kedai balik jam 3pagi..terus bukak pc..taraaa!..
kesan double news berlaku jam 830mlm tadi.

inilah kesannya..berlaku impak besar dimana pips jatuh menjunam junam segingga 141pips...
dan akaun aku yang dijangka retak menanti belah berjaya pulih 100%..tengoklah balancenya...jangan marah...!!

lets kita teruskan 100days in forex ini...byk perkara yg kita tak tahu...kita belajar secara live.

fundamental..

mari kita tengok apa itu kesan kepada fundamentall.sebelum tu kita tengok pada news..jam 2pm ni akan ada new (merah) bermaksud impaknya besar (100-200 pips)..mari kita tengok sebelah kiri ini adalah graf sebelum jam 2pm..sebelah kanan ini adalah berita yg akan menyusul..tara..apa kesannya...?.


haaa..inilah kesan pergerakan selepas news..mula mula candle bergerak sehingga 19pips keatas..then menjunam sehingga 37pips..pada ketika ni sekiranya anda letak stop los dibawah 19pips maka,akaun anda akan disedut dahulu then anda melopong tak dapek 37 pips sell..jadi set stop loss jgn kecik sangat..buatlah sekitrar 30pips ok la..jadi sebelum dia take profit candle ni kadang kadang reverse gear dulu..kalau ada nyawa anda untung besar..bersih..hehehe..
satu pelajaran baru hari ni...

Thursday, August 27, 2009

macam untung tapi gantung..

ok...semalam saya trade USD50 sahaja..nampaknya ada kemajuan walaupun dah hampir MC.tak per inilah proses untuk berjaya.tahniah untuk diri sendiri...kuatkan disiplin,jangan byk buka post..smart dan jgn jadi tamak.ini nasihat untuk diri aku sendiri..
kesimpulannya :aku berjaya mencipta keuntungan usd50/day .kelemahan aku aku banyak buka post utk cover kerugian ttp sebaliknya berlaku..dan aku byk akaun flosting.jadi analisa diri penting..have a good luck bro..

NEWS..

Ok now kita tengok apa jadi dgn akaun tadi...kita hampir MC dgn baki USD58 tadi sekarang akaun sudah dapat diselamatkan dgn news .selepas news jam 10pm tadi..impak pada trend mencanak 133 pips keatas..jadi news sgt penting.jika news dgn impak kebawah maka,akaun ni tak sempat nak diselamatkan..tp kekadang sebelum news ni,graf akan turun kebawah terlebih dahulu kadang kadang hingga 20-30 pips sehingga dikalangan trader terkena pada stop loss..dan selepas itu baru impak keatas seperti yang direncanakan.kalau dah kena stop loss apa yang tinggal?...tengok ajela..maka ayat yang keluar ialah.."sial betul lah..dia sedut duit aku dulu pastu baru jalan..".hahah..biasalah tu.sebab tu margin kena steady,stop loss jgn kecik sangat..
kesimpulan:News main peranan utama kepada pergerakan candle.belajar la baca news sebelum trade.
sekarang dah pandai sikit kan.mari kita teruskan jejak 100 hari in FOREX..

margin call


haaa..mc..boleh cuti..tak yah gi kerja.ginilah istilah trader dlm bicara forex..sebut mc jer bermaksud duit dh hangus...kalau kat atas gambar diatas tu bertanda merah tu bermaksud signal mengatakan duit margin kita tidak mencukupi kadar harga permintaaan dlm perniagaan..sekiranya market reverse maka margin kita memperuntukan setiap titik bergantung pada harga yang kita pilih..disini money management penting.kebanyakan trader hanya menggunakan sekitar 2% drpd margin untuk perniagaan mereka.tapi yang kat atas ni beginner..beginner ni nak cepat untung..ntah berapa % dr margin yg dia pakai ni..mari kita rtengok betul tak akaun dia akan  hancus...!..

Sunday, August 23, 2009

Bicara forex..


ForexProsForex Charts Powered by Forexpros.com - The Forex Trading Portal.

mlm ni tak de trade maklum ajerlah forex cuti sabtu ahad...menung juga nak trade..robot aku pun dalam proses dgn mat saleh ni..dia mintak eur200 satu EA.phuh!!...tak per aku yakin dengan robot yang aku cipta ni.insyaallah ada rezeki ni terbanglah duit aku lagi RM1000 untuk aku bela toyol ni..kalau sebut robot biasanya tak de kena mengena dgn duit..tapi aku rasa sesuai robot tu dipanggil "TOYOL" tak korek duit broker duit kita dia bg broker...haa betulkan..iyerlah aku nak panggil Toyol jer.

kesimpulan selama 2 minggu aku start trading ni :
1-susah nak implement sikap tak tamak ni
2-susah nak jadi cool bila duit dah jelas kena telan..tebus!
3-tak bleh renggang ngan pc..nak jugak tengok.mcm stim jer bila tengok.
4-dah untung sikit mcm nak double jer...
5-tak bleh terima kerugian hari ini sbb semalam dah menang.
6-stop loss manjang jer kena sedut pastu reverse asal..mcm dia tahu plak limit stop loss aku..yang ni mmg cipan.
7-selalu tak ikut hukum money management..miskin perasan kaya ..yang kaya selalu ikut undang2.kaya perasan miskin tu yang susah..huh
8-cuma satu yang aku tahu...ini semua harga yang perlu aku bayar...lagi banyak aku rugi aku semakin pandai.Hanya yang berani,Menang!!!.