Friday, September 11, 2009

INDICATOR

INDICATOR
dalam forex banyak teknik digunakan untuk meminimumkan risiko kerugian.indicator adalah satutool dimana trader dapat memaksimumkan keuntungan dan mengurangkan risiko kerugian.hampir semua trader punya indicator pilihan mereka sendiri.keserasian indicator dengan cara trade anda biasanya menjadi satu keperluan dlm trader menguruskan perniagaan.dlm forex terdapat beribu jenis indicator akan tetapi tidak semua indicator bagus,bergantung kepada cara anda trade.sebagai contoh disebelah ni,indicator ini menunjukkan bila waktu anda mula masuk pasaran samada sell/buy.petunjuk ini memudahkan trader memulakan urusniaga..kerana kesilapan memasuki pasaran mengakibatkan kerugian diluarjangka.jadi kebaikan indicator ini sgt penting kepada trader samada baru atau lama.bila petunjuk sudah diberi bukankah risiko ditangan anda..siapa kata berniaga forex susah?..mereka yang belum biasa sahaja yang akan berkata begitu..realitinya belajar forex 4 tahun lebih berbaloi dari mengejar kenaikan pangkat.jika anda belajar sepuluh subjek cemerlang hingga mendapat segulung ijazah..adakah anda rasa anda tidak boleh cemerlang jika anda belajar dgn tempoh yang sama..yang penting jangan putus asa..tidak mustahil anda boleh menjadi expert...yang membezakan ialah berapa income yang anda boleh  jana dgn kehebatan ilmu yang anda ada hari ini?.kerana hukum perniagaan dan kekayaan bukan diukur dari sijil,pangkat atau keturunan..tetapi ia diukur dari segi income.

"kehebatan diukur melalui income".-biz thinking.

Thursday, September 3, 2009

DATABASE


Seringkali kita meniaga ,bekerja kita tetap ada data/log setiap aktiviti kita..dlm pelajaran hari ni forex juga satu perniagaan maya..ini bermaksud kita perlu ada data perniagaan atau akaun kira kira harian..tanpa penyata kira kira bermain forex tak ubah bermain game..jadi disini saya belajar bila kita ada penyata kira kira untung/rugi kita akan merasa lebih disiplin dlm urusniaga.jadi kesedaran ini wujud dari kesilapan..maka itu kita sama sama belajar.saya yakin dlm mana mana kelas cikgu tak ajar sumer ni..sendiri mau ingat la ...jadi mulai hari ini kita belajar mencatiti penyata untung/rugi perniagaan forex..semoga kita dapat mengawal aktiviti perniagaan kita seharian..untuk hari ini saya meniaga dari jam 10pg-3pm alhamdulillah punyai keuntungan RM365.51..tahniah.anda mungkin tertanya tanya boleh withdraw ker?..tak per jangan risau..nanti saya withdraw saya akan tunjukkan secara live resultnya..see u..happy trading...

Wednesday, September 2, 2009

LAUTAN LUAS JGN DIDUGA..

Jikalau kail panjang sejengkal lautan dalam jgn diduga..tak de ikan makan kail besar sejengkal,tp perahu kamu yang terbalik dilambung ombak.kena paham tu..
news ptg semalam dah menunjukkan akan ada impak pada jam 430pm dan USD jam 10mlm..actually aku kalau boleh nak elak main GJ dan GU sebab dua dua pair ni pasti ada impak lebih 200pips..memandangkan kat akaun still pending UJ..bila jam 2PM aku ingat nak try main GJ..so profit USD66.00 cantik..dlm leka mencangkul hasil GJ yg mcm lumayan ni aku terlupa dah masuk jam 4ptg..ada satu post GJ aku tak tutup sebab float lagi..lg pun size usd2.00 mana tahu ikut trend..oklah..kalau ikut kiraan hukum ia akan naik..tp slowly dia turun mendadak ...bawak kemlm dan terus tergantung sehingga 259pips..bayangkan darab dgn usd2..lepas terawikh akaun ok lagi..harap2 harap reda la pergerakan GJ ni..nak cover margin pun dah negatif.UJ so far ok..tepat jam 11mlm nah!! GJ + UJ menurun ..sehinggalah akaun aku berdetak detak..walau tak bunyi aku dapat rasa kuat bunyinyer ..rupanya jantung aku yg berdegup laju...pasrah jerla...usaha $20 untuk ke USD1000 aku lebur mlm ini..tinggallah baki $120usd.
satu pengalaman yg ngeri...terasa selama ini satu sia sia..kpd korang yg nak main tp ada sakit jantung atau lemah semangat ..nasihat saya mainlah forex supaya anda tahu bila duit anda terbang dan anda masih boleh senyum itu petanda jantung anda masih sihat dan steady..

heheh..now we start at $120 slowly..i can do it..u want follow?...lets go.


**semakin susah untuk ku pergi..semakin tinggi semangat aku ingin tahu apa ada dipuncak sana..i will survive..gagal sekali bukan bermaksud kegagalan nyata,selagi aku bisa bangkit inilah dinamakan liku perjuangan.."Hanya yang berani Menang"...

Sunday, August 30, 2009

metatrader..SCAM?..

Metatrader scam?..huang huang huang...mari aku share kat sini.kes dlm gambar sebelah ni cuba tgk..selepas aku closed multiclosed ..system menunjukkan result yg salah..tiada data didalam report sprt sewaktu aku trade..haa ini buat aku menyirap.ko bayangkan kan aku trade dekat cecah USD450 sehari..last dpt result kurang USD260..aku buat laporan ke bhgn finance Instaforex.aku tgh tunggu jawapannya..kalau dia tak bayar..aku rasa kita stop setakat ni je kita belajar forex..mungkin ini kesilapan system mereka..tp kalau dia accept no problem..kita tunggu esok lusa jawapannya...

Saturday, August 29, 2009

USD$717.00 FROM STARTING DEPOSIT USD$20.00

Salam ..selamat pagi..dah 2 hari ni aku tak sempat nak update..anak demam sumer demam,aku pun nak demam..tp cepat2 aku mkn panadol..tp trade tetap trade..sebab trade tak de kena mengena dengan demam dan anak.sebelah ni result pencapaian aku setakat hari ini (28/8/09) jam 0652pm(tgk kt bwh screen pc tu).semua ni gara gara UC mlm tadi reverce trend..tp tak cecah lagi aku punya floating yg lama..sekarang ni ada -155usd tergantung..nasib baik dlm pada market reverse saya sudah sediakan reverse gear..jadi bila dia menjunam tak la putus tali..kit aboleh tarik dia naik balik keatas..jgn putus harap!!..
Result setakat hai ini tgk kat sgambar tu..berapa ?..sebut kuat sikit!!...USD647.83!..pandaaaaaai murid murid.
OK next tengok sebelah kiri pulak berapa?..USD717.00...tahniah untuk saya kerana berjaya mengekalkan prestasi dlm cabaran 100days in forex bermodalkan USD$20.00 deposit.dan sebenarnya akaun ni dah hampir mencecah USD$1000 tp oleh kerana ada isu teknikal..jd saya tengah tunggu report..Broker ada hutang dengan saya USD$260.00 minima..bagaimana?..nanti saya kupas apa sal jadi mcmtu?..kita kan sama sama belajar..rilek..100 hari tu panjang....tungguuuuuu!

Friday, August 28, 2009

GREAT!!!

Mari kita tengok satu lagi kesan fundamental..yg ni aku tak perasan berlaku..sebab selepas balik kerja aku lepak jumpa kawan kat kedai balik jam 3pagi..terus bukak pc..taraaa!..
kesan double news berlaku jam 830mlm tadi.

inilah kesannya..berlaku impak besar dimana pips jatuh menjunam junam segingga 141pips...
dan akaun aku yang dijangka retak menanti belah berjaya pulih 100%..tengoklah balancenya...jangan marah...!!

lets kita teruskan 100days in forex ini...byk perkara yg kita tak tahu...kita belajar secara live.

fundamental..

mari kita tengok apa itu kesan kepada fundamentall.sebelum tu kita tengok pada news..jam 2pm ni akan ada new (merah) bermaksud impaknya besar (100-200 pips)..mari kita tengok sebelah kiri ini adalah graf sebelum jam 2pm..sebelah kanan ini adalah berita yg akan menyusul..tara..apa kesannya...?.


haaa..inilah kesan pergerakan selepas news..mula mula candle bergerak sehingga 19pips keatas..then menjunam sehingga 37pips..pada ketika ni sekiranya anda letak stop los dibawah 19pips maka,akaun anda akan disedut dahulu then anda melopong tak dapek 37 pips sell..jadi set stop loss jgn kecik sangat..buatlah sekitrar 30pips ok la..jadi sebelum dia take profit candle ni kadang kadang reverse gear dulu..kalau ada nyawa anda untung besar..bersih..hehehe..
satu pelajaran baru hari ni...

Thursday, August 27, 2009

macam untung tapi gantung..

ok...semalam saya trade USD50 sahaja..nampaknya ada kemajuan walaupun dah hampir MC.tak per inilah proses untuk berjaya.tahniah untuk diri sendiri...kuatkan disiplin,jangan byk buka post..smart dan jgn jadi tamak.ini nasihat untuk diri aku sendiri..
kesimpulannya :aku berjaya mencipta keuntungan usd50/day .kelemahan aku aku banyak buka post utk cover kerugian ttp sebaliknya berlaku..dan aku byk akaun flosting.jadi analisa diri penting..have a good luck bro..

NEWS..

Ok now kita tengok apa jadi dgn akaun tadi...kita hampir MC dgn baki USD58 tadi sekarang akaun sudah dapat diselamatkan dgn news .selepas news jam 10pm tadi..impak pada trend mencanak 133 pips keatas..jadi news sgt penting.jika news dgn impak kebawah maka,akaun ni tak sempat nak diselamatkan..tp kekadang sebelum news ni,graf akan turun kebawah terlebih dahulu kadang kadang hingga 20-30 pips sehingga dikalangan trader terkena pada stop loss..dan selepas itu baru impak keatas seperti yang direncanakan.kalau dah kena stop loss apa yang tinggal?...tengok ajela..maka ayat yang keluar ialah.."sial betul lah..dia sedut duit aku dulu pastu baru jalan..".hahah..biasalah tu.sebab tu margin kena steady,stop loss jgn kecik sangat..
kesimpulan:News main peranan utama kepada pergerakan candle.belajar la baca news sebelum trade.
sekarang dah pandai sikit kan.mari kita teruskan jejak 100 hari in FOREX..

margin call


haaa..mc..boleh cuti..tak yah gi kerja.ginilah istilah trader dlm bicara forex..sebut mc jer bermaksud duit dh hangus...kalau kat atas gambar diatas tu bertanda merah tu bermaksud signal mengatakan duit margin kita tidak mencukupi kadar harga permintaaan dlm perniagaan..sekiranya market reverse maka margin kita memperuntukan setiap titik bergantung pada harga yang kita pilih..disini money management penting.kebanyakan trader hanya menggunakan sekitar 2% drpd margin untuk perniagaan mereka.tapi yang kat atas ni beginner..beginner ni nak cepat untung..ntah berapa % dr margin yg dia pakai ni..mari kita rtengok betul tak akaun dia akan  hancus...!..

Sunday, August 23, 2009

Bicara forex..


ForexProsForex Charts Powered by Forexpros.com - The Forex Trading Portal.

mlm ni tak de trade maklum ajerlah forex cuti sabtu ahad...menung juga nak trade..robot aku pun dalam proses dgn mat saleh ni..dia mintak eur200 satu EA.phuh!!...tak per aku yakin dengan robot yang aku cipta ni.insyaallah ada rezeki ni terbanglah duit aku lagi RM1000 untuk aku bela toyol ni..kalau sebut robot biasanya tak de kena mengena dgn duit..tapi aku rasa sesuai robot tu dipanggil "TOYOL" tak korek duit broker duit kita dia bg broker...haa betulkan..iyerlah aku nak panggil Toyol jer.

kesimpulan selama 2 minggu aku start trading ni :
1-susah nak implement sikap tak tamak ni
2-susah nak jadi cool bila duit dah jelas kena telan..tebus!
3-tak bleh renggang ngan pc..nak jugak tengok.mcm stim jer bila tengok.
4-dah untung sikit mcm nak double jer...
5-tak bleh terima kerugian hari ini sbb semalam dah menang.
6-stop loss manjang jer kena sedut pastu reverse asal..mcm dia tahu plak limit stop loss aku..yang ni mmg cipan.
7-selalu tak ikut hukum money management..miskin perasan kaya ..yang kaya selalu ikut undang2.kaya perasan miskin tu yang susah..huh
8-cuma satu yang aku tahu...ini semua harga yang perlu aku bayar...lagi banyak aku rugi aku semakin pandai.Hanya yang berani,Menang!!!.

Saturday, August 22, 2009

FLOATING...



meh aku nak ceriter apa itu flosting...ha kat ni la dikatakan the real floating..yang mana duit byk tergantung sehingga market tutup..iaitu pada jam 4pagi waktu malaysia pada setiap malam sabtu.ketika ini berjuta trader akan rugi...dan apabila market dibuka seawal isnin nanti..sebenarnya lebih ramai trader bungkus!!!..sebab itu kita kena tutup segala trading yang ada sebelum tutup kedai..kalau tidak duit melayang2..jadi mcm kes diatas ni..saya memang sengaja floatkan duit ini kerana tak sanggup nak close dg baki yang ciput ni..angka besar tp kalaulah ditutup korang bayangkan berapa jer yang tinggal?...huhuhuhu!..jadi aku berserah jer ler isnin ni..aku tahu 100 pips bergerak keatas atau kebawah tu jer..kalau ketepi tu aku pun tak pernah dengor..untung sabut timbul,untung forex kayo..tak aku broker kayo den ni yang rugi..dua tu jer...huhuhu..selamat maju jaye la yer..kita tunggu isnin ni aku updated.

Friday, August 21, 2009

MENIAGA KENA LA ADA UNTUNG DAN RUGI..




Haaa..ni tajuk bunyi mcm pujuk diri..tp memang betul.kita rasa setiap hari nak profit..nak profit..kalau ikut kira2 mcm dah takde hari esok nak amik profit..tu yang andor hari ni..nak untung besor tapi tak nak org ambik duit kita sesen..heeeiii balikla..apa niaga ini...meniaga kena ada untung rugi..tp kalau boleh untung lagi kerap berbanding rugi..baru perniagaan bertambah maju..kalau sebaliknya tu maksudnya kena gi sekolah.
renung renungkan bill kat atas..semalam mcm utg $100?hari ni pun rugi $100?..maknanya lebih besar potensi untuk kaya = lebih besar potensi untuk kurang kaya (BANKRAP)...hahaha pikir pikir..inilah FOREX...

Thursday, August 20, 2009

Yakin pada Hukum..

Ahhhhhh!! hari ni memang satu ujian..yang dikejar tak dapat ,yang dikendong kecicir.aku percaya pada hukum..tp kengkadang bila dia 50-50 aku buat keputusan ikut hati.."ah dari rugi banyak baik rugi sikit..tapi boleh cover hutang".sudahnya hancur akaun aku..bukan salah hukum tapi akutak tahan diuji....risau lebih percaya hukum forex.memang forex tak boleh diganggu dr suara suara kawan dan nasihat nasihat..sudahnya keputusan kita bukan dari fikiran kita tp dr nasihat kawan kawan juga...ahhh!..

DUIT TRADING AKU...MEH MEH TENGOK..!




Haaaa.inilah aku punya akaun trading..setiap hari broker akan hantar bill statement cenggini..jadi aku tahu semalam punya result untung atau rugi..jadi kalau bank mintak bukti dari mana aku dapat duit ni ,aku kena tunjuk la statement ni..supya tidak dikenakan hukuman dibawah akta penggubahan wang haram..duit ni kononnya datang dari hasil luar negara.cheeaaah!.meniaga international sekarang bro...aku bukan berlagak..tp aku cuma nak share kat sini ,inilah rupanya statement kalau sesapa nak main forex..tak la mcm katak bawah tempurung kan..aku memang dah cakap aku baru..jadi aku tgh belajar ni.korang sumer duduk tengok aku buat dulu kan...(playsafe)..kalau aku jatuh biar aku jatuh dulu tul tak..ok..ko tengok betul betul..
mari kita main lagi forex ni..apa hebatnya forex ni...kita kupas satu satu..
sekarang ni aku dah tak main mcm semalam..hari ni just nak betulkan akaun USJ/CHF aku yang tergantung -100 pips...aku nak adjust bgmn aku tak hilang 100pips ni..taraaa...tunggu..

Orang tamak selalu kaya.




cuba tengok result aku mlm ni..tara!!!USD363.76.cuba tengok dekat screen pg tadi..berapa?.USD262.21..jadi dlm kurang 20jam aku dah profit USD101.55.!!kalau duit sini dlm sekitar x 3.5 berapa?RM355.30/day...wah!!! lumayan pak!.satu hari boleh meniaga untung RM355 sehari.sebulan RM355 x 20 hari trade = RM7106/sebulan gaji hahahah!tamak tamak..tamak..nak jadi kaya kena tamak..hahahah

sebenarnya aku nk share bgmn aku boleh terjebak main USD/CHF...selepas korek duit Usd/JPY aku selak kat UC ni..dlm hati mcm nak turun graf ni..jadi dgn rasa cuba jadi tamak,aku placing USD0.30/pip set stoploss bagai..tiba2...puuuuung!! dia menjunam la plak..tgk jam pkl 930mlm..tak de news pun..maybe kesan dr news selepas sejam news keluar la ni..aku pun amik kesempatan.dapatlah duit USD363.76 tu..tp sebab tamak ni pun ada buruknya..semua yang popit aku amik jadi tinggal yang gantung..tu yang margin gantung USD262.57..hahah duit aku gantung lagi USD100 sebenarnya..huhuhuhu..mcm kaya tp belum lagi.tp ada figure la...nak adjust ni bgmn nak buang hutang gantung ni slow slow...

orang tamak selalu rugi..tp orang tak tamak selalu pujuk diri..jadilah tamak tp berhemah.hikhik..

Wednesday, August 19, 2009

baca berita baru gi meniaga bro..



dari pengalaman aku ,main forex ni susah pada yang tak pandai,senang pada yang dah biasa.jadi mcmnilah..jgn amik mudah.baca news dulu bro..bukan baca berita kat tv3 ker astro...berita tu kat sini http://www.forexfactory.com/calendar.php.
dalam tu ada senarai berita mengenai ekonomi dunia dan kesan impakannya terhadap matawang.yang ni yg banyak trader tak tahu..cuba tengok kat gambar tu..tu aku dah set kat time ikut GMT+8.00 supaya aku tahu waktu sebenar kat sini.gambar merah mcm simbol kilang tu maksud nya pada waktu tu akan ada impak potensi 100-300 pip..jadi waktu ini prepare utk kaut keuntungan.jgn lupa set set stop loss.gi kat filter set matawang dan jenis kaler merah kuning putih dan apa tah lagi ..aku lupa.aku just select yg merah supaya senang aku nak tgk ..jd tak terkejutlah bila tgh masuk trade tiba tiba menjunam atau menaik...ok.clearkan..?mari kita meniaga lagi.

USD/JPY hari ni keluar dari kepompong


hahahah...balik dari jumpa member kat kedai mamak pukul 2pm,huh!!! UJ dah turun...duit aku?..ahhh!..nasib baik aku set pending order...still profit.aku lupa London buka kaunter jam 2pm.kauntrer tengah sibuk la ni kot..mcm passenger turun kapal terbang kat klia terus gi money changer..mcm mcm mata wang nak tukar..jadi ibarat nye mcm ni lah yg berlaku kat UJ yang mana duit USD dijual kepada duit YEN..jadi permintaan duit USD banyak.kesempatan ini aku dah booking USD/JPY.aku juallllll!!!.dapat lah sikit untung dalam USD30.sapa nak bagi...kan.

Floating yang hampeh



dari pagi semalam aku tgk UJ ni floating..keatas tidak kebawah pun tidak..bila la nak gerak keluar dr kepompong...tak dapek la aku nak post pair tambahan..takut margin aku masalah..inipun tak ikut uindang2..kalau terbalik predict ni hancus duit ni...kita tgk jap gi pg ni pukul 10 pg apa citer....

Tuesday, August 18, 2009





selepas aku tutp GBP/JPY tadi..sekarang aku nak main USD/JPY.mari kita tengok result sebelum dan selepas..diatas ni aku result semasa..aku ingat nak tunggu sampai profit...see u.kita rumus selepas ini.


oK INI RESULT MALAM TADI...

hahaha....pagi ni GBP/JPY tewas kat tangan aku...tunggu punya tunggu pukul 7pagi baru nak kuar dari sangkar dia.GJ naik mencanak canak dekat 150 pips..aku tunggu sehingga profit USD243 lalu aku multiclosed semua.fuh!..hampir hampir MC(margin call) akaun aku pagi tadi sebab dah cecah USD -60.00 .aku mana ada duit lagi...tp berkat keyakinan baca graf..aku yakin GJ akan naik.aku tak mahu ulangi kesilapan yang sama..pkl 8.00 ketika market naik mencanak canak ni aku top up pair USD0.20 dekat 3 kali..dgn harapan naik dan naik..aku gi sarapan jap kat warong .nanti pukul 10pagi aku kena tutup.kalau tidak tutup kalu,,,mampos kalu...
sekian perniagaan tuko duit di awal pagi...aku tebus balik USD243..

pas ni kita boleh gi hisap rokok dulu..

18 august 2009 :perjalanan aku didunia forex

Pagi ni aku rasa tak boleh tidor mengenangkan semalam aku telah berjaya mendapatkan 400USD tapi disebabkan sikap tamak aku ini yang suka try my best..try and try untuk maksimumkan terbaik hari semalam..akhirnya aku akur dgn machine forex menyedut semua duit aku termasuk modal...huhuhu!..aku terlopong semalaman.dalam hati "aku tahu kali ni bgmn nak mainkan semula forex ni,ko tunggu"..rasa konfiden memang ada tp kecuaian aku aku sering kecundang.

Naasib baik aku ada akaun kedua yang mana akaun affiliate aku ada USD 20.ah USD20 pun boleh...aku pilih pair GBP/JPY.aku tahu pair ni kasar..ramai trader takut nak main pair ni..ah kalau tak dipecah ruyung mana datang sagunya...mari aku selongkar rahsia GBP/JPY.

aku set pip volume bermula USD0.10,kalau ikut dr modal memang aku tak ikut hukum.biasanya para expert trader saran guna 2% dr modal.tp aku,aku tak de sebab memang aku tak de modal.kalau ada modal USD1000 x 2% /1000 = 0.02pip.tp aku mana ada duit USD1000.bak kata orang alang alang duit dah nak abis mana semangat nak main dah..aku guna usd0.10/pip aku set buy!.tunggu punya tunggu memang slow..maklumlah aku pasang pukul 8mlm.aku pun tak tahu market .lantaklah...sampai tgh malam market ranging..ah ngantuk ah..aku set jer stop loss.tp aku nak cerite ckit..GBP/JPY ni makan spread kasar gila..masuk masuk jer dah amik -8 pip dr duit aku..ah cipan.main kasar betul GJ ni.tak per...aku tidor dulu...esok pagi aku nak tgk apa jadi..

KESIMPULAN GBP/JPY
1-Spread kasar 8pip
2-GBP/JPY = USD/JPY = EUR/JPY selari pair ni..kalau naik pair satu lagi pun naik.
3-masuk market pukul 6 pagi..supaya pada pagi jam 730am (malaysia)..pair ni akan berganjak laju sehingga boleh capai 300pip.pandai pandaila set risiko.
4-pukul 10pagi kalau ada untung tutup jer..buat order lain.market slow balik pukul 10pagi.karang reverse padan muka aku.(jangan degil kuar jer).
5-baca berita sebelum masuk market..cek GBP samada merah atau tak de news.kalau ada tanda merah tgk jam berapa..so hati hati.(www.forexfactory.com)