Monday, May 21, 2012

hartanah

sejak semalam aku tak boleh tidur dengan lena..saban malam aku pasti akan duduk duduk di berandar rumah sambil memikirkan sesuatu ..suatu ilham aku nak buat hartanah.sekian lama aku sudah bosan dengan karier yang ada..10 tahun lalu aku berkecimpung didalam industri life insuran sehingga hari ini aku telah pun sampai tahap unit manager aku tetap tidak berpuashati dengan yang ada..
aku tinggalkan 3 tahun lalu dunia insuran...alhamdulillah aku masih steady dengan pendapatan yang ada..dunia forex sudah menjadi lali pada aku..
malas sudah rasanya nak mengadap pc dgn hati yang gunda gulana...lalu aku serahkan aje forex aku robot aje yang bekerja...sekarang aku sudah bosan.aku nak cabaran...kepuasan dan yang penting aku suka dgn apa yang aku buat.
kelmarin terfikir untuk membeli rumah lelong di banting baru ,2 storey dengan harga rm100k.kawasan sangat menarik dgn 6 buah ILP disekitarnya..lepas beli ni sewa ajer..atleast aku ada buat pasif income.
tp lg untung kalau aku beli yang baru...dapat cf aje aku jual dgn keuntungan 20% atleast.tp menunggu 2 tahun pd aku terlalu lama untuk pulangan rm40k dgn modal rm200k ...kalau rm200k masuk forex dah tentu tentu lebih dari itu aku boleh dapat..ermm tp kalau aku jd agen disekitar ini dgn pulangan 2% pd nilai hartanah ..errrmmmmm menarik.hartanah..ermm oo hartanah...kalau nilai rumah rm1juta x 2% =rm20k..ah senangnya .kalau rumah nilai rm200k x 10unit x 2%=rm20k..tanpa modal tetap.hurmmm menarik juga dr aku duduk duduk berfikir baik aku cuba....sapa tahu aku boleh buat..takat jual kertas mcm insuran pun pernah aku jual..inikan jual aset ..apedepasal...mlm ni aku pi jumpa sorang agent hartanah kt sek 15 bangi.nama dia fauzi..aku nak berkenalan dan merisik2 bagaimana aku boleh berjaya dalam industri ni..hendak belajar biar berguru..aku tak mahu jadi 'broker haram' sebab aku tahu byk cerita tak elok dari yang elok dunia broker ni.biar aku mula dari mula dan proper..apa apa pun mulai hari ini aku dah start kena berfikir peluang peluang peluang....kita mulakan langkah yang pertama.tp forex pun jalan juga...

No comments:

Post a Comment